PENERBITAN TAKWIM HIJRI 1444 DAN JADUAL WAKTU SOLAT PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah menerbitkan Takwim Hijri 1444 dan Jadual Waktu Solat Pulau Pinang. Takwim ini boleh didapati secara maya di Laman Rasmi Jabatan ini (https://bit.ly/takwimpp1444h)  manakala naskhah bercetak boleh dipohon menerusi pautan berikut ; https://bit.ly/borangtakwimpp1444

Naskhah bercetak juga boleh diambil oleh pemohon individu (terhad 10 naskhah/individu) di Masjid Negeri/Daerah/Utama tertakluk kesediaan stok manakala edaran kepada wakil Agensi/Institusi (melebihi 10 naskhah) hanya boleh diambil di Jabatan ini.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak YB Dato' Seri/YB Dato'/YBhg. Dato' Seri/YBhg. Dato'/YAA Arif Dato'/Tuan/Puan  didahului dengan ucapan terima kasih.