SEMAKAN DAN PENGEMASKINIAN JAM WAKTU DI MASJID DAN SURAU SELURUH PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah menerbitkan Takwim Hijri 1444 dan Jadual Waktu Solat Pulau Pinang. Jadual Waktu ini dihitung berdasarkan Waktu Standard Malaysia. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini memohon kerjasama tuan untuk mengarahkan Jawatankuasa Kariah Masjid/Surau seluruh Pulau Pinang untuk menyemak dan  mengemas kini Jam Waktu masing-masing selaras dengan Waktu Standard Malaysia. Inisiatif ini mustahak bagi mengelakkan insiden azan di luar waktu yang ditetapkan.

Bersama ini disertakan Poster Hebahan Kempen ini untuk rujukan dan tindakan

Jom Semak Waktu Solat 1444H