Definisi Fatwa (Bahasa) Pada bahasa, ia diambil daripada afta – ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.
Definisi Fatwa (Istilah) Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya: Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh Mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.