APA ITU FATWA?

1.   Apa itu Fatwa ?          

Definisi Fatwa ( Bahasa ) Pada bahasa , ia diambil daripada afta – ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan . 

Definisi Fatwa ( Istilah ) Pada istilahnya pula , fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya :  -  Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh Mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya .   -  Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

2 . Berapa ramai Mufti di seluruh Malaysia ?     

Jumlah Mufti di Malaysia ialah seramai 14 orang , iaitu setiap negeri mempunyai seorang Mufti . 

3 . Siapakah yang terlibat dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang?      

a ) Mufti , sebagai Pengerusi ;

b ) Timbalan Mufti;

c ) Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis; 

d ) Tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai , 

     yang dilantik oleh Mufti ; dan

e ) Seorang pegawai dari Jabatan Mufti sebagai setiausaha .

4 .   Apakah proses – proses bagi mewartakan , berpandukan kepada peraturan yang sedia ada ? 

Antara proses-prosesnya adalah seperti berikut:       

i) Penyediaan Kertas Kerja: Setiausaha Jawatankuasa Fatwa menyediakan kertas kerja setelah kajian dan penyelidikan dijalankan (berdasarkan permohonan pihak-pihak yang memerlukan fatwa berkaitan hukum syara' sama ada daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang, Jabatan-jabatan Kerajaan/Swasta, Orang Awam dan lain-lain.)      

ii) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang: S.S Mufti memanggil suatu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa bagi membincangkan persoalan-persoalan yang memerlukan sesuatu fatwa. 

 iii) Keputusan Fatwa: Setelah Jawatankuasa Fatwa meneliti pembentangan kertas permohonan fatwa, dalil-dalil, pandangan ulama'/fuqaha',hasil kajian/siasatan/pendapat pakar, keputussan akan dibuat. Jika memerlukan siasatan/kajian lanjut tiada keputusan fatwa dikeluarkan dan ditangguh kepada sesi mesyuarat seterusnya. Mesyuarat turut memutuskan sama ada keputusan yang dibuat adalah sebagai fatwa (diwartakan) atau sebagai irsyad hukum sahaja (tidak diwartakan).

 iv) Laporan Minit Mesyuarat: Keputusan mesyuarat yang lalu dibentang semula untuk makluman dan semakan semula ahli mesyuarat serta meneliti sighah fatwa sebelum proses pewartaan dilaksanakan

v) Semakan Sighah Fatwa Oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri: Keputusan yang perlu difatwa dan diwartakan akan dihantar ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi tujuan semakan deraf sighah fatwa yang akan diwartakan agar menepati kehendak undang-undang.

vi) Fatwa Dihantar Kepada Yang di – Pertuan Agong: Draf sighah fatwa yang telah dimuktamadkan dihantar kepada Yang DiPertuan Agong unutk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa sebagai Warta melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

vii) Fatwa Yang Telah Diperkenankan Yang Deprtuan Agong: Fatwa yang telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan hendaklah disiarkan dalam Warta