1. Permohonan perlu diisi dan dihantar selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh lawatan.
2. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang tidak akan melayan permohonan yang diterima kurang daripada 2 minggu.
3. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang juga berhak untuk menolak sebarang permohonan lawatan jika tarikh lawatan bertindih dengan sebarang program Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
4. Kapasiti peserta bagi setiap lawatan adalah seramai 60 orang manakala bagi kemudahan penginapan (dengan kemudahan asas) terhad kepada 40 orang sahaja.
5. Penginapan peserta lawatan adalah di dewan seminar dan tidak berkatil, peserta digalakkan membawa keperluan bermalam yang sesuai untuk keselesaan.