Program Sehari Bersama Jabatan siri 1/2015

Program ini berlangsung di Masjid Ar-Rahman, Batu Feringghi bermula jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam. Pelbagai aktiviti menarik telah di atur sepanjang hari pada 6 Mac 2015 yang lalu. Antaranya seperti pemeriksaan kesihatan, taklimat falak, pameran dan bicara ilmiah. Semoga program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara Jabatan Mufti dan institusi agama Pulau Pinang dengan penduduk setempat.