passport mufti بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW.
 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita masih diberikan ruang dalam kehidupan ini, serta meneruskan kelangsungan dalam memikul amanah yang diberikan ini untuk menyeru kepada kebaikan dan menolak kemungkaran.

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang melayari laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang ini. Sebagai sebuah organisasi awam, JMNPP sentiasa mengorak langkah meningkatkan prestasi perkhidmatan dan penyampaian agar masyarakat sentiasa dapat memahami dan menghayati Islam dengan lebih jelas. Sudah pasti tahun-tahun yang mendatang akan memberikan lebih banyak cabaran seiring dengan kemajuan dan perubahan serta dasar-dasar yang direncanakan oleh pihak pentadbiran tertinggi negeri atau negara.

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini yang membawa kepelbagaian medium penyebaran maklumat, maka JMNPP juga bergerak senada dengan perkara tersebut. Oleh itu, selain laman web rasmi ini, maklumat dan info-info berkaitan fatwa, falak serta aktiviti JMNPP dapat juga diikuti melalui komponen media sosial rasmi JMNPP yang lain seperti  Facebook, Youtube, Tik Tok Instagram dan X (twitter).

Insya-Allah, dengan izin Allah SWT jua, JMNPP akan terus berusaha agar visi dan misinya sentiasa dicapai, bergerak ke arah kemajuan dan sentiasa ke hadapan dalam menyebarkan syiar Islam. Diharapkan maklumat yang terkandung di dalam laman web  rasmi JMNPP dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua pengunjung di mana sahaja.

Sekian, wassalam.

Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Sukki bin Othman
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
 
  Dikemaskini pada 20 Ogos 2024