- Menguruskan hal ehwal pentadbiran, logistik, surat-menyurat, dokumen rasmi dan perjawatan.
- Menguruskan hal ehwal kewangan, penyediaan bajet, pembayaran emolumen, perolehan dan perbelanjaan.
- Menguruskan pembangunan latihan, kursus, kompetensi personel dan program kualiti Jabatan.
- Menguruskan harta modal, aset alih, aset tetap dan inventori.
- Mengurus dan menyelia keselamatan umum, fizikal dan dokumen Jabatan.
- Menguruskan pembayaran bil-bil dan tuntutan.
- Mengurusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Lembaga Tatatertib, Jawatankuasa Kewangan dan Akaun, Jawatankuasa Tetap Aset, Keselamatan Perlindungan Jabatan dan Lawatan Luar.
- Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti Jabatan.
- Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti berkaitan dengan agensi-agensi, badan-badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat negeri dan persekutuan.
|