Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (JKTPANPP) Bilangan 2 Tahun 2025 yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) akan dilaksanakan pada 13 Januari 2026.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dipanjangkan borang kajian kepuasan pelanggan yang telah disediakan untuk jabatan/agensi tuan/puan di pautan KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG untuk perhatian dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Pihak tuan/puan dimohon untuk mengedarkan kajian kepuasan pelanggan ini kepada semua pelanggan dalaman dan luaran yang berurusan dengan jabatan/agensi tuan/puan mulai 22 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025.

4. Sebagai makluman tambahan, dapatan daripada kajian kepuasan pelanggan ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat JKTPAN Pulau Pinang tersebut. Pihak tuan/puan juga dimohon untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100 orang responden yang terdiri daripada pelbagai kategori bagi memastikan dapatan kajian lebih dinamik. Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh dirujuk terus dengan saya atau Puan Padzilah binti Hashim di talian 04-6505494. Kerjasama dan komitmen tuan/puan berhubung perkara ini amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.