Optimumkan Penggunaan Aplikasi bagi Meningkatkan Produktiviti Kerja
Georgetown, 8 April – Bahagian Rujukan Maklumat telah menganjurkan Bengkel ICT Siri 2/2019 yang bertajuk Apps To Boost Your Productivity dan Microsoft Tips And Tricks di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Cik Siti Asmah Binti Abdul Manap; Penolong Pegawai ICT, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang sebagai fasilitator. Semua kakitangan Jabatan telah turut serta sepanjang bengkel tersebut. Bengkel ini bertujuan membolehkan Jabatan mengurus dan memanfaatkan penggunaan aplikasi-aplikasi dan perisian Microsoft mengikut kesesuaian dan keutamaan masing-masing.
Di samping itu, melalui bengkel ini juga diharapkan seluruh tenaga kerja Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dapat mengoptimumkan penggunaan aplikasi dan perisian Microsoft yang disediakan. Cabaran bekerja menjadi lebih mudah, cekap dan sistematik dengan adanya kemudahan tersebut.