Bengkel Pembacaan PRUF
Bukit Gambir – Pada tanggal 30 Mei 2022 M, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah berkolaborasi dalam menganjurkan bengkel pembacaan pruf bagi tahun 2022 bertempat di AC Hotel by Marriott Penang . Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang proses membaca dan menyemak bagi sesebuah dokumen separa lengkap sebelum proses percetakan dilakukan. Bengkel ini telah mendapat penyertaan 40 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan JMNPP dan JHEAIPP.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan dari DBP iaitu Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Sulung yang dibantu oleh 2 orang fasilitator dari DBP. Program berakhir dengan penyampaian sijil kepada peserta dan cenderahati kepada penceramah serta sesi bergambar.