Arkib Berita Tahun 2023

Georgetown – Bengkel ICT Siri 3/2023 bertemakan Cloud Drive: Google Drive & One Drive telah berlangsung pada 19 September 2023 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Penang Digital Library (Phase 2).

Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Rujukan Maklumat, Jabatan Mufti  ini telah dikendalikan oleh Puan Mazuina binti Malik; Penolong Setiausaha (PSPI), BTMKN dan dibantu oleh Encik Muhammad Sabil bin Najhi bin Khairul Anuar; Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PSPI),BTMKN melibatkan 12 orang peserta daripada kakitangan Jabatan.

Pengisian bengkel ini antaranya:

  • Faedah menggunakan cloud storage
  • Konfigurasi Google Drive & One Drive
  • Kaedah perkongsian fail dan kolaborasi di Google Drive & One Drive
  • Tips & trick untuk organize fail di Google Drive & One Drive

Penganjuran bengkel ini diharap dapat membantu menambahkan kemahiran pegawai dan kakitangan Jabatan dalam mengaplikasikan kemudahan-kemudahan sistem ICT yang ditawarkan bagi melancarkan tugasan masing-masing.

 


 

Bertam –Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengadakan Muzakarah Majid dan Surau Negeri Pulau Pinang  Tahun 2023 di Golf Resort Bertam pada 15 Mac 2023 yang lalu.

Muzakarah pada kali ini memberikan tumpuan kepada topik Garis Panduan Membina, Menaik Taraf, Mengubah Suai Masjid dan Surau Negeri Pulau Pinang yang melibatkan penyertaan seramai 200 orang peserta. Pembukaan perasmian telah disempurnak oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor;  Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Seterusnya disusuli dengan pembentangan oleh tiga orang pembentang berikut:

  • Tuan Haji Fakhruddin bin Abdul Rahman; Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Wakaf, (MAINPP) dengan tajuk “Proses Pengubahsuaian/Pembangunan Masjid dan Surau Mengikut Undang-Undang.”
  • Tuan Haji Norzli bin Haji Mat; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau (JHEAIPP) dengan tajuk “Susun Atur dan Kedudukan Bangunan Menurut Hukum Syarak.”
  • Mohd Hapiz bin Mahaiyadin; AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang dengan tajuk “Tanggungjawab Pengurusan Harta Wakaf dan Tatacara Pelupusannya.

Butterworth –Bengkel ICT Siri 1/2023 bertemakan Tips and Tricks (Office Productivity Apps & DKICT) telah berlangsung pada 9 Mac 2023 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Butterworth Digital Library (BDL).

Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Rujukan Maklumat, Jabatan Mufti  ini telah dikendalikan oleh Puan Mazuina binti Malik; Penolong Setiausaha (PSPI), BTMKN dan dibantu oleh Puan Siti Hajar binti Mohamed; Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (kanan), BTMKN melibatkan sekurang-kurangnya 15 orang peserta daripada kakitangan Jabatan.

Pengisian bengkel ini antaranya:

  • ICT @ Works.
  • Dasar Keselamatan ICT; surat perakuan yang perlu ditandatangani oleh semua penjawat awam setahun sekali.
  • ICT Tips & Tricks.
  • Office Productivity Apps; google workspace yang terdiri daripada google meet, google keep, google form, google drive, google jamboard dan lain-lain lagi.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat membantu menambahkan kemahiran pegawai dan kakitangan Jabatan dalam mengaplikasikan kemudahan-kemudahan sistem ICT yang ditawarkan bagi memudahkan serta melancarkan tugasan masing-masing.

Bayan Lepas – Bengkel ICT Siri 2/2023 bertemakan MyGovUC 2.0 (GWS): Email Management telah berlangsung pada 13 Jun 2023 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di nfoTech Pro Academy (ITPA), Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Rujukan Maklumat, Jabatan Mufti  ini telah dikendalikan oleh Puan Mazuina binti Malik; Penolong Setiausaha (PSPI), BTMKN dan dibantu oleh Encik Radziman bin Ramli; Juruteknik (OST), BTMKN melibatkan 18 orang peserta daripada kakitangan dan pelajar praktikum Jabatan.

Pengisian bengkel ini antaranya:

  • Konfigurasi emel seperti density, theme, reading pane, signature, out-of office auto reply, undo send, search options, labels, toggle confidential mode, schedule send dan sebagainya.
  • Konfigurasi dan langkah penghantaran maklumat dan data terperingkat secara selamat kepada pengguna menggungakan fitur MySCUC.
  • Konfigurasi dan perkongsian Calendar
  • Fresh Service untuk bantuan teknikal emel

Penganjuran bengkel ini diharap dapat membantu menambahkan kemahiran pegawai dan kakitangan Jabatan dalam mengaplikasikan kemudahan-kemudahan sistem ICT yang ditawarkan bagi memudahkan serta melancarkan tugasan masing-masing.

 


 

Georgetown – Pada tanggal1 dan 2 Disember 2022 M, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP), telah menganjurkan bengkel penyediaan kandungan untuk media sosial Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menggunakan aplikasi perisian animasi Powtoon bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang .

Program ini adalah bagi meningkatkan kepakaran dan keupayaan peserta dalam perlaksanaan dan penggunaan aplikasi perisian animasi Powtoon. Disamping itu, tujuan program ini juga bagi mendedahkan para peserta tentang kepentingan media dan teknologi dalam menyampaikan mesej dan mendidik masyarakat tentang isu-isu yang berkaitan.

Bengkel ini telah melibatkan penyertaan  10 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan JMNPP dan dikendalikan oleh jurulatih jemputan dari Syarikat Waiz Multimedia pada hari pertama dan sesi bengkel diteruskan pada hari kedua bagi menyiapkan kandungan untuk media sosial JMNPP yang menggunakan koleksi soal-jawab kemusykilan agama dari bank data Sistem eKemusykilan tujuan hebahan dan pendidikan kepada masyarakat.

Program berakhir dengan penyampaian sijil kepada peserta dan cenderahati kepada penceramah serta sesi bergambar.

 

powtoon (1)   powtoon