Arkib Berita

Pulau Pinang, 29 Julai 2024 - SS Prof Madya Dato' Dr Mohd Sukki bin Othman, Mufti Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke RTM Pulau Pinang. Beliau di iringi bersama oleh Us. Muhammad Haniff bin Baderun, Ketua Bahagian Falak dan Us. Dr Mohd Zaki bin Ibrahim, Ketua Unit Buhuth, Bahagian Fatwa.

Antara tujuan lawatan adalah untuk:
a. Mengeratkan hubungan antara Jabatan Mufti dengan agensi kerajaan yang lain khususnya dengan pihak media.
b. Meneroka ruang kerjasama yang boleh dilakukan bagi memperjelaskan peranan Jabatan Mufti kepada masyarakat melalui media sedia ada.
c. Jabatan Mufti bersedia menjadi penasihat agama berkaitan kandungan program keagamaan.
d. Hasrat SS Mufti untuk mengembalikan kekuatan persaudaraan di kalangan masyarakat yang boleh dilaksanakan melalui program2 tarbiah, pendidikan dan penerangan melalui media.
e. Pendekatan media khususnya melalui Mutiara.Fm adalah bersifat ringan - "Santai tapi sampai". Fokus kepada Ilmu falak dan kefatwaan. Begitu juga pengenalan kepada para ulama negeri Pulau Pinang khusus yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan Islam yang dikaitankan dengan ilmu falak dan tokoh ulama2 yang lain.

Program kunjungan disudahi dengan lawatan di sekitar kawasan RTM Pulau Pinang.