Arkib Keratan Akhbar Tahun 2015

Elak kekeliruan waktu berbuka

Elak kekeliruan waktu berbuka
Wartawan Sinar Harian17 Jun 2015

 

Ahli kariah masjid perlu menyelenggara jam yang digunakan di masjid masing-masing dengan lebih kerap.
BALIK PULAU - Ahli kariah masjid di seluruh negeri ini dinasihatkan supaya membetulkan kesemua jam di dalam rumah ibadat itu sebelum Ramadan. Ketua Bahagian Falak Jabatan Mufti Pulau Pinang, Mohd Hanif Omar berkata, kebanyakan masjid menggunakan jam digital sebagai petunjuk untuk menandakan masuk waktu solat.

Menurutnya, penggunaan jam berkenaan mempunyai kesan buruk jika alat itu tidak diselenggara dengan baik.