Bengkel Laman Web Jabatan Mufti Pulau Pinang
Bengkel laman web ini telah diadakan pada 8 dan 9 julai 2015 bagi mengemaskini kandungan yang terdapat dalam laman web jabatan. Bengkel ini turut bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pegawai yang terlibat selaras dengan hasrat kerajaan negeri bagi memantapkan sistem penyampaian maklumat kepada pengguan menerusi medium atas talian. Bengkel selama 2 hari ini dikendalikan oleh Puan Siti Fairus dari Pusat Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.