Bengkel Kemusykilan Agama Siri 9: Hari Kiamat dan al-Hisab
17 September 2015 - Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan "Bengkel Kemusykilan Agama Siri 9" di ACIS, UiTM Pematang Pauh, Pulau Pinang. Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Guru Dato' Hj. Salleh Hj. Ahmad, ahli jawatankuasa fatwa negeri Pulau Pinang. Bengkel ini telah dianjurkan secara bersiri sebanyak sebulan sekali. Tajuk yang diketengahkan bagi siri 9 adalah "Hari Kiamat dan al-Hisab".Seramai 30 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang diadakan dari jam 8.30 pagi - 5.00 petang ini.