Kuliah Umum Siri 3/2016 bertajuk "Al-Quran dan Sains"
PERDA :8 April 2016, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan kuliah umum siri 3/2016 bertajuk "Al-Quran dan Sains" yang disampaikan oleh Dato' Dr. Danial bin Zainal Abidin. Kuliah yang diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Jaya bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam ini disertai hampir 200 peserta dari sekitar Pulau Pinang. Para peserta telah dibekalkan dengan kertas kerja "Al-Quran dan Sains" oleh Dato' Dr. Danial bin Zainal Abidin yang juga boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang di pautan http://goo.gl/Veb5cC .Sesi kuliah umum ini juga telah dipertontonkan secara siaran langsung secara atas talian di livestream.com.