Sambutan Maulidur Rasul 1438H, peringkat Negeri Pulau Pinang
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 12 Disember 2016 bersamaan 12 Rabiul Awal 1438 Hijrah di Padang Kota Lama Pulau Pinang. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah bergabung sebagai satu kontinjen bagi acara perarakan. Aturcara sambutan diteruskan dengan ucapan dan ceramah serta penyampaian Tokoh dan Anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul 1438M /2016H.