Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2017
Pada 11 - 12 September 2017, Jabatan ini bersama pasukan dari PSUKPP telah menyertai pertandingan Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2017 anjuran MAMPU. Program ini telah berlangsung di Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya. Pasukan yang dianggotai oleh Ustaz Mohd Jais Anuar bin Ahmad, Encik Subhee bin Mukhtar, Puan Noor Hayani Bt Saad@Othman dan dan Puan Norliza Bt Muhammad Syair dikenali dengan kumpulan Aysar. Pasukan ini telah mempertandingkan aplikasi PgGOV eMUFTI; Dimana aplikasi ini adalah versi ringkas sistem eKemusykilan dan eFatwa. Aplikasi ini akan memudahkan pengguna untuk membuat carian Fatwa, carian Kemusykilan, Permohonan Kemusykilan dan Semakan Permohonan. Info berkaitan fatwa, kemusykilan dan lain-lain juga boleh diperoleh melalui aplikasi ini. Pasukan ini telah berjaya menduduki tangga sepuluh teratas dalam pertandingan tersebut.
Tahniah diucapkan!