Program Tafaqquh Perdana Ilmu Falak Guru-guru Takmir Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017M / 1439H
Program Tafaqquh Perdana Ilmu Falak Guru-guru Takmir Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017M / 1439H telah berlangsung hari ini, 20 November 2017 / 1 Rabiulawal 1439H (Isnin) dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di Hotel Ixora, Perai, Pulau Pinang.
Program ini dikendalikan oleh Panel Pakar Falak JAKIM iaitu Ybhg. Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor.
Ianya merupakan salah satu program anjuran bersama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang