Arkib Berita Tahun 2018

MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL SYAWAL 1439H CATAT REKOD BARU JMNPP

14.6.2018 bersamaan 29 Ramadan 1439H (sehari sebelum Hari Raya), Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh  Mufti Negeri Pulau Pinang  iaitu  S.S. Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor telah menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1439H.
Aktiviti ini telah  diadakan di Pusat Falak Sheikh Tahir  yang bertempat di Pantai Aceh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Aktiviti ini tidak lain tidak bukan  tentulah untuk mengetahui ketibaan bulan syawal yang mulia.
Menurut  ketua bahagian Falak  Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP), Muhammad Haniff, satu rekod baru telah tercipta apabila  aktiviti cerapan tersebut telah berjaya mencerap hilal ( anak bulan) yang berusia dalam lingkungan 16 jam.
Menurutnya lagi, kebiasaannya akviti cerapan hanya berjaya mencerapkan umur hilal dalam lingkungan 20 jam dan keatas. Keadaan ini membuatkan  hasil cerapan kali ini luar daripada biasa.
Para pengunjung turut didedahkan dengan Taklimat Sistem Kalendar/Takwim Hijriah oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Aziz (AJK Rukyah/Melihat Anak Bulan P. Pinang) & Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Abdul Malek bin Abul Kasim (YDP MAINPP) dan YB Tuan Zolkiply Lazim (ADUN Teluk Bahang).
Aktiviti ini juga turut mendapat kunjungan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali  sebagai MyIKUT. Apa yang menariknya ialah kebanyakkan anggota badan ini  merupakan golongan  bukan Islam. Diharapkan  kunjungan pertubuhan bukan kerajaan seperti ini dapat membantu  golongan bukan Islam untuk memahami proses dan menarik minat mereka terhadap pengiraan Takwim Hijriah dalam Kalender Islam.
cerapanSyawal2 cerapanSyawal cerapanSyawal3