Arkib Berita Tahun 2020

Gerhana Matahari Separa

Balik Pulau, 21 Jun 2020 - Sekumpulan 8 orang wakil dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) bersama 7 orang wakil dari Jabatan Ukur dan Pemetaaan Malaysia Pulau Pinang (JUPEM) berpeluang mencerap fenomena gerhana matahari separa yang berlangsung bermula pada jam 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang.

Pencerapan kali ini menggunakan peralatan khas yang disediakan.  Sebanyak 3 jenis teleskop digunakan iaitu Calestron, Sky-Watcher dan Orion yang mempunyai keupayaan merakam imej gerhana matahari separa yang berlaku. Rakaman imej dapat dikesan bermula dari sentuhan pertama pada jam 2.36pm hingga ke sentuhan terakhir pada jam 4.56pm.

Pemilihan Pantai Acheh sebagai lokasi untuk mencerap gerhana yang berlaku membolehkan data simulasi yang diperolehi adalah tepat dan kesan bayang adalah lebih tajam daripada normal. Data cerapan gerhana ini juga boleh diperoleh daripada laman sesawang timeanddate.com dan xavierjubier.com.

Selain itu, bersempena dengan gerhana yang berlaku, pasukan JMNPP dan JUPEM juga turut melaksanakan solat sunat kusuf dengan diketuai oleh Ustaz Jamil bin Nordin serta khutbah berkaitan gerhana matahari yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haniff bin Baderun. Program cerapan berakhir pada jam 5.00 petang.

 

Poster Gerhana small