Arkib Berita Tahun 2021

Kuliah Tafaqquh Siri 2/2021

Pulau Pinang - Pada tanggal 1 Julai 2021, Bahagian Fatwa dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) telah berpeluang menganjurkan Kuliah Tafaqquh Siri 2/2021 secara atas talian bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan hukum syarak.  Program yang berlangsung selama 2 jam iaitu pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari dijalankan melalui aplikasi Streamyard serentak disiarkan secara langsung (live) di Facebook Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Kuliah Tafaqquh ini telah disampaikan oleh Sohibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Atikullah Bin Abdullah (Pensyarah Kanan Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia) dan bertajuk لضرورة تبيح المحظورات iaitu keadaan Darurat boleh mengharuskan perkara yang dilarang. Tujuan kuliah diadakan untuk memberi pemahaman umum dan penerangan kepada masyarakat mengenai jenis-jenis darurat yang terdapat dalam agama Islam.

Selain itu, sijil penyertaan turut diberikan kepada peserta berdasarkan pengesahan kehadiran penuh sepanjang program berlangsung.