Sambutan Hari Astronomi Peringkat Negeri Pulau Pinang
Pongsu Seribu : Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan satu program iaitu Sambutan Hari Astronomi Peringkat Negeri Pulau PInang pada 4 April 2015 (Sabtu) yang lalu. Program tersebut telah berjaya dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pelbagai acara dilaksanakan bagi memeriahkan Sambutan Hari Astronomi tersebut. Antaranya aktiviti yang diadakan adalah seperti cerapan matahari, pertandingan melukis, pertandingan kostum dan lain-lain lagi. Seramai 700 peserta melibatkan diri dalam program tersebut. Program diakhiri dengan cerapan gerhana bulan pada malam tersebut.