Sekalung Tahniah kepada Dato' Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor
Seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato' Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor di atas penganugerahan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato Seri daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Majlis Istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2018 bersempena dengan Ulang Tahun Yang Ke 80 Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas.