Arkib Berita Tahun 2018

Munaqasyah Fiqh Falak Kebangsaan 2018

Bayan Lepas, Khamis - Munaqasyah Fiqh Falak Kebangsaan 2018 telah diadakan dari 14 hingga 16 Ogos 2018M bersamaan 2 hingga 4 Zulhijjah 1439H yang bertempat di TH Hotel, Pulau Pinang. Program dwi tahunan merupakan program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri-negeri. Pada tahun ini, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah dipilih sebagai penganjur bersama untuk program tersebut.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh perwakilan dari 13 buah negeri. Munaqasyah Fiqh Falak ini merupakan sebahagian dari platform kepada para pegawai di Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri-negeri membincangkan dan menyelaraskan isu-isu syariah berkaitan falak.

Sepanjang tempoh program tersebut sebanyak 4  kertas kerja telah dibentangkan iaitu: 

1. Penyelarasan Nama Bulan Takwin Hijri oleh Ustaz Mohd Hardi bin Haji Sadali (Jabatan Mufti Negeri Selangor)

2. Rentasan Sejarah Suleymania oleh En. Nor Azam bin Mat Noor

3. Kajian Fajar: Perbandingan Awal Fajar oleh Prof Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz (Universiti Sains Malaysia)

4. Waktu-waktu yang di Haramkan Solat oleh Dr. Saadan bin Man (Universiti Malaya)

Selain itu wacana bertajuk Hubungan Matlak dengan Jarak Qasar dari Sudut Falak turut diadakan dengan pembentang terdiri dari Tuan Haji Hanafiah bin Abdul Razak (Jabatan Agama Islam Negeri Johor) dan Dr. Saadan bin Man (UM). Para peserta juga telah dibawa untuk sesi lawatan kajian di Bukit Bendera bagi melihat perbezaan waktu solat di kawasan tanah tinggi.

Sebanyak 10 resolusi telah dirumuskan sebagai tindakan susulan hasil dari Munaqasyah yang diadakan. Majlis Penutup Munaqasyah disempurnakan oleh Tuan Hj. Aziz bin Mohamad (Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang JAKIM) mewakili Ketua Pengarah JAKIM.


Sila klik disini untuk ke Galeri bagi paparan gambar program.