Arkib Berita Tahun 2018

Program Kem Falak Junior 2018

Bukit Mertajam, (Isnin) - Program Kem Falak Junior 2018 anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang  berlangsung dari 15 dan 16 Oktober 2018 bersamaan dengan 6 dan 7 Safar 1440H bertempat di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Kem ini telah disertai oleh 50 orang pelajar dari 5 Pusat Tahfiz di Pulau Pinang. Antaranya adalah Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang, Maahad Tahfiz An-Nahdhoh, Maahad Tahfiz Akademi Al- Quran As-Syamil (AQSA), Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah dan Maahad Tahfiz Ibnu Sina Al-Mawaddah.

Antara yang terlibat sama dalam menjayakan program ini adalah wakil dari Pusat Kokurikulum Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Turut serta  adalah ahli Astronomi Pulau Pinang & Kelab Astronomi USM.

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa program tersebut adalah:

  1. Flying Fox
  2. Repelling
  3. Pertandingan Astro Race
  4. Qiamullail
  5. Bengkel Peralatan Falak
  6. Bengkel Peta Bintang
  7. Bengkel Penentuan Arah Kiblat
  8. Bengkel Tongkat Istiwa’

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada wakil semua Maahad Tahfiz yang terlibat, Penceramah & wakil Pusat Kokurikulum Pulau Pinang oleh Ustaz Muhammad Haniff bin Baderun (Penolong Mufti Kanan).


 Sila klik disini untuk ke Galeri bagi paparan gambar program.