Bengkel ICT Siri 3/2019
Bengkel ICT Siri 3/2019 telah berlangsung pada 31 Julai 2019 bersamaan dengan 28 Zulkaedah 1440H bertempat di Bilik Latihan ICT (Millenium) Tingkat 24, Komtar. Sesi bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Cik Siti Asmah binti Abdul Manap (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang).
Objektif Bengkel ICT siri 3/2019 anjuran Bahagian Rujukan Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang ini diadakan adalah bagi memantapkan pembudayaan ICT dikalangan warga kerja Jabatan ini dan untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi ICT dalam menyahut seruan pelaksaan Kerajaan Digital oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Antara sesi taklimat yang telah diadakan adalah berkenaan HRMIS , Microsoft Office – Word, Microsoft Office – Excel dan Microsoft Office - PowerPoint. Sesi Pengemaskinian HRMIS telah diadakan sempena sambutan bulan HRMIS peringkat PSUKPP yang bertemakan “Data Anda Tanggungjawab Anda”. Beberapa aplikasi HRMIS turut diperkenalkan. Antaranya adalah MyHRMIS Self Check yang merupakan satu lagi inovasi baharu dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai yang menyumbang kepada pencapaian KPI HRMIS.
Pengisian bengkel Microsoft Office Word , Excel serta PowerPoint tertumpu kepada pengenalan ciri-ciri baharu pada Microsoft 365. Sesi ini juga bertujuan bagi meningkatkan kemahiran perkongsian fail dan sumber menggunakan teknologi awan OneDrive melalui aplikasi Microsoft Office 365. Selain daripada itu, pengenalan ringkas beberapa tools Microsoft Office 365 turut diberikan bagi tujuan meningkatkan produktiviti kerja.
Sesi bengkel diakhiri dengan sedikit jamuan kepada para peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.