REVOLUSI 4.0 SATU CABARAN
Georgetown, 10 Januari 2020 – Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor menggesa agar kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) supaya sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran kerja dan berani untuk melakukan inovasi dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Beliau berkata demikian semasa majlis perhimpunan bersama kakitangan JMNPP pada hari ini. Selain itu, beliau turut mengingatkan semua kakitangan agar terus memberikan komitmen yang terbaik dalam menyempurnakan amanah yang diberikan. Sebagai institusi dalam bidang keagamaan, JMNPP juga harus sentiasa berada seiring dengan perubahan semasa agar tidak ketinggalan. Beliau mengambil kira revolusi industri 4.0 yang sedang berkembang kini sebagai satu cabaran, dimana semua warga JMNPP tidak boleh leka dan selesa dengan situasi sedia ada.
Dalam majlis tersebut juga, kakitangan JMNPP yang telah menunjukkan pencapaian prestasi yang cemerlang diraikan dengan pemberian sijil dan cenderahati oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor. Turut diraikan sambutan ulang tahun kelahiran kakitangan JMNPP yang lahir pada bulan Julai hingga Disember 2019 yang lalu. Semua ini merupakan satu usaha JMNPP dalam memberikan dorongan dan motivasi kepada kakitangan agar dapat bekerja dengan tekun dan sebagai sebuah pasukan.