Arkib Berita Tahun 2020

Peranan Agama dalam Menghadapi Wabak

Termaklum bahawa wabak Covid-19 kini merupakan satu fenomena global. Semua negara di seluruh dunia telah mengerahkan segala keupayaan yang dimiliki untuk mencegah wabak ini daripada terus menular dan mengorbankan lebih banyak jiwa manusia.
 
Dalam menghadapi situasi ini, semua agama terutama agama Islam amat diharap dapat berfungsi sebaik mungkin dalam membantu pihak kerajaan untuk menangani ancaman wabak ini dan mencegahnya daripada terus merebak. Antara fungsi agama yang boleh dimanfaatkan di dalam konteks ini adalah seperti berikut:
 
  • Membekalkan masyarakat dengan kekuatan iman, moral dan rohani supaya mereka mampu menghadapi situasi yang menyusahkan ini dengan berani, tabah dan sabar. Sebagaimana yang diakui oleh para ahli perubatan bahawa jiwa yang tenang dan tabah dapat membantu seseorang meningkatkan data tahan tubuh untuk menghadapi
  • Perhubungan terus antara sesama manusia merupakan faktor penyebaran kepada wabak Jesteru, bagi membendung perkara ini sudah tentu kita juga perlu mengambil langkah-langkah pecegahan dan rawatan seperti menjaga kebersihan dan pemakanan. Agama Islam amat mementingkan kebersihan sehingga ia dijadikan prasyarat untuk keabsahan ibadah. Begitu juga Islam melarang penganutnya daripada memakan makanan-makanan yang boleh memudaratkan kesihatan badan.
  • Di samping itu agama juga berfungsi menasihati masyarakat mengambil langkah-langkah perlu untuk menyekat jangkitan wabak penyakit. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.'a.w. bersabda, "Jika kamu medengar penyakit ta'un berlaku di satu kawasan maka janganlah kamu memasuki kawasan itu, tetapi jika ia berlaku di kawasan yang kamu sudah berada di situ maka janganlah kamu keluar daripadanya." Di sini kita dapati Nabi mengajar kita tentang pentingnya kuarantin dalam mencegah jangkitan
  • Agama membentuk manusia untuk berdisiplin. Islam juga menghendaki umatnya mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib sebagai satu tanggungjawab sosial. Setiap orang mesti menyumbang mengikut kemampuan masing-masing; para doktor, jururawat, golongan hartawan, para penyelidik dan lain-lain. Dalam sebuah hadis, Nabi menyatakan bahawa orang yang paling dikasihi Allah ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.
 
DATO' SERI DR. WAN SALIM MOHD NOOR
MUFTI PULAU PINANG