Kuliah Tafaqquh Siri 1/ 2021
Pulau Pinang - Pada tanggal 29 Mac 2021, Bahagian Fatwa dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) telah berpeluang menganjurkan Kuliah Tafaqquh Siri 1/2021 (Bab Puasa) secara atas talian menggunakan aplikasi Conferences(webmail). Program yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan Pulau Pinang.
Kuliah Tafaqquh ini telah disampaikan oleh Sohibul Fadhilah Tuan Guru Haji Mohd Salmi bin Suhaimi menggunakan kitab Anak Kunci Syurga (Bab Puasa). Tujuan kuliah ini diadakan bertujuan sebagai penyuntik semangat kepada para peserta untuk mempersiapkan diri dengan baik sempena menyambut bulan Ramadhan akan datang.
Selain itu, sijil penyertaan turut diberikan kepada peserta berdasarkan pengesahan kehadiran penuh sepanjang program berlangsung.