MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL SYAWAL 1439H CATAT REKOD BARU JMNPP
14.6.2018 bersamaan 29 Ramadan 1439H (sehari sebelum Hari Raya), Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Mufti Negeri Pulau Pinang iaitu S.S. Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor telah menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1439H.Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Falak Sheikh Tahir yang bertempat di Pantai Aceh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Aktiviti ini tidak lain tidak bukan tentulah untuk mengetahui ketibaan bulan syawal yang mulia.Menurut ketua bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP), Muhammad Haniff, satu rekod baru telah tercipta apabila aktiviti cerapan tersebut telah berjaya mencerap hilal ( anak bulan) yang berusia dalam lingkungan 16 jam.Menurutnya lagi, kebiasaannya akviti cerapan hanya berjaya mencerapkan umur hilal dalam lingkungan 20 jam dan keatas. Keadaan ini membuatkan hasil cerapan kali ini luar daripada biasa.Para pengunjung turut didedahkan dengan Taklimat Sistem Kalendar/Takwim Hijriah oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Aziz (AJK Rukyah/Melihat Anak Bulan P. Pinang) & Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Abdul Malek bin Abul Kasim (YDP MAINPP) dan YB Tuan Zolkiply Lazim (ADUN Teluk Bahang).Aktiviti ini juga turut mendapat kunjungan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai MyIKUT. Apa yang menariknya ialah kebanyakkan anggota badan ini merupakan golongan bukan Islam. Diharapkan kunjungan pertubuhan bukan kerajaan seperti ini dapat membantu golongan bukan Islam untuk memahami proses dan menarik minat mereka terhadap pengiraan Takwim Hijriah dalam Kalender Islam.