BAHAGIAN FALAK

Pengenalan 
Bahagian ini bertanggungjawab merancang dan menguruskan pelaksanaan hal ehwal yang berkaitan dengan falak, merangkumi cerapan hilal hijriah, penentuan arah kiblat dan penyediaan takwim hijri dan waktu solat.
 Fungsi
  1. Merancang dan menguruskan pelaksanaan program/aktiviti berkaitan dengan falak.
  2. Menguruskan pelaksanaan cerapan hilal hijri setiap bulan dan cerapan rasmi hilal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
  3. Menguruskan penentuan dan pengesahan arah kiblat.
  4. Mengurus penerbitan dan pengedaran takwim hijri dan waktu solat.
  5. Menguruskan pelaksanaan kajian dan penyelidikan berkaitan dengan falak.
  6. Mengurus tadbir Pusat Falak Sheikh Tahir.
  7. Menguruskan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Falak, Jawatankuasa Rukyah Negeri dan Lembaga Penasihat Pusat Falak.
  8. Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti Jabatan.
  9. Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti berkaitan dengan agensiagensi, badan-badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat negeri dan persekutuan.