BAHAGIAN RUJUKAN MAKLUMAT

Pengenalan 
Bahagian ini bertanggungjawab merancang dan menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), penerbitan bahan-bahan kefatwaan dan falak serta semua urusan perkhidmatan atas talian (online) JMNPP. Ia juga bertanggungjawab mengendalikan koleksi nadir dan manuskrip serta Perpustakaan Jabatan.
 Fungsi
    1. Merancang dan menguruskan pelaksanaan program/aktiviti berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi serta penerbitan.
    2. Mengawal selia dan mengemaskini kandungan laman web, sistem, media sosial dan aplikasi mudah alih Jabatan.
    3. Menguruskan penyelenggaraan peralatan ICT, sistem dan bertanggungjawab terhadap keselamatan peralatan dan data.
    4. Merancang dan menguruskan pelaksanaan latihan dan kursus berkaitan dengan teknologi maklumat.
    5. Menyelia dan menguruskan pelaksanaan sistem pengurusan atas talian (online) negeri di peringkat Jabatan.
    6. Menguruskan maklum balas pelaksanaan dan pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan secara atas talian (online).
    7. Merancang, menguruskan penerbitan dan mengedar bahan-bahan kefatwaan, falak, buletin/majalah dan garis-garis panduan yang berkaitan untuk edaran dan rujukan.
    8. Merancang dan mengurus tadbir koleksi nadir dan manuskrip serta Perpustakaan Jabatan.
    9. Menguruskan peralatan ICT, bahan taklimat audio visual dan bahan-bahan penerbitan Jabatan semasa lawatan luar.
    10. Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti Jabatan.
    11. Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti berkaitan dengan agensiagensi, badan-badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat negeri dan persekutuan.