Soalan Lazim

1. Bilakah bahagian Mufti Negeri Pulau Pinang diwujudkan?
Bahagian Mufti telah pun wujud apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 1 Julai 1959. Pihak MAMPU bersama beberapa agensi yang berkaitan telah mengemukakan perakuan berkaitan Jabatan Fatwa melalui kajian penyusunan semula Majlis/ Jabatan Agama Islam di negeri-negeri pada tahun 1984. Kesimpulan cadangan itu supaya Jabatan Mufti atau urusan fatwa perlu diasingkan dari Jabatan Agama Islam dan diberi peranan yang sewajarnya. Maka pada 1 Januari 1997, lahirlah Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan sekarang ini dikenali dengan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang .
   
 2. Apakah tugas utama Mufti?
Mufti haruslah membantu dan menasihati Yang di - Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak , dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Pulau Pinang selepas Yang di – Pertuan Agong .
   
3. Bagaimanakah cara untuk bertanya atau mengemukakan soalan mengenai isu – isu atau soal jawab kemusykilan agama?
  Anda boleh bertanya atau mengemukakan soalan mengenai isu-isu soal jawab kemusykilan agama melalui kaedah berikut:
  i. sistem eKemusykilan di url http://emufti.penang.gov.my/ekemusykilan
  ii. Panggilan telefon di talian 04-2632975
  iii. Fax ke nombor 04-2632985
   
4. Apakah perkhidmatan utama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang?  
  i.Permohonan Keputusan fatwa / hukum syara'  
  ii.Kemusykilan Agama
 
  iii.Penyelidikan dan Kajian  
  iv.Penentuan dan pengesahan arah Kiblat  
  v.Penyusun dan penyelaras taqwim hijrah / waktu ibadah solat  
  vi.Mengadakan Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah  
  vii.Penentuan Awal Bulan Hijrah  
  viii.Permohonan Pertukaran Nama ( untuk orang Islam & Mualaf sahaja )  
     
5. Apakah perkhidmatan lain yang diberikan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang?  
i.Pameran, aktiviti falak dan Cerapan Falak  
  ii.Menguruskan lawatan ke Pusat Falak Sheikh Tahir ( Balai Cerap )  
  iii.Menganjurkan program-program keagamaan  
  iv.Membaca Doa Majlis Rasmi Kerajaan  
  v.Penerbitan bahan bacaan ilmiah  
   
6. Apa itu Fatwa?  
  Definisi Fatwa ( Bahasa ) Pada bahasa , ia diambil daripada afta – ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan .  
  Definisi Fatwa ( Istilah ) Pada istilahnya pula , fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
 
  i. Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh Mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya .
 
  ii.Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus  
   
7. Berapa ramai Mufti di seluruh Malaysia?  
  Jumlah Mufti di Malaysia ialah seramai 14 orang , iaitu setiap negeri mempunyai seorang Mufti .  
     
8. Siapakah yang terlibat dalam Jawatankuasa Fatwa?  
  i. Mufti , sebagai Pengerusi ;  
  ii.Timbalan Mufti  
  iii.Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis  
  iv.Tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai , yang dilantik oleh Mufti ; dan  
  v.Seorang pegawai dari Jabatan Mufti sebagai setiausaha  
     
9. Apakah proses – proses bagi mewartakan , berpandukan kepada peraturan – peraturan yang sedia ada?  
  i. Penyediaan Kertas Kerja  
  Kertas kerja Fatwa disediakan sama ada oleh Setiausaha Jawatankuasa Fatwa atau mana – mana pihak yang memerlukan sesuatu keputusan fatwa sama ada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Pusat Urus Zakat, Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang, Jabatan – jabatan Kerajaan atau Swasta, orang awam, pengusaha makanan / ternakan dan lain – lain.  
  ii. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang  
  Sahibus Samahah Datuk Mufti Negeri Pulau Pinang memanggil dan menjemput Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi membincangkan sesuatu fatwa yang dicadangkan melalui satu mesyuarat .  
  iii.Keputusan Fatwa  
  Keputusan sesuatu fatwa akan dibuat setelah jawatankuasa berpuas hati dengan dalil – dalil syara' , pandangan ulama' / fuqaha ' , hasil kajian / siasatan / lawatan ke lokasi, pendapat pakar (akan dijemput jika perlu ) di kalangan pakar perubatan , pakar dari Jabatan Alam Sekitar dan lain – lain . Terdapat juga  keputusan fatwa dibuat setelah melalui beberapa kali mesyuarat .  
  iv.Laporan Minit Mesyuarat  
  Minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa akan dibentangkan di dalam mesyuarat seterusanya untuk makluman dan semakan semula keputusan dan sighah lafaz sesuatu fatwa yang telah diputuskan di dalam mesyuarat yang lalu .  
  v.Fatwa Dihantar kepada Pejabat Penasihat Undang – Undang Negeri  
  Fatwa yang telah diputuskan akan dihantar kepada Pejabat Penasihat Undang - Undang Negeri untuk tujuan semakan draf / sighah lafaz Warta agar betul dan tepat dari sudut undang – undang bagi tujuan perkenan Yang di – Pertuan Agong .  
  vi.Fatwa Dihantar Kepada Yang di – Pertuan Agong  
  Draf Fatwa yang telah dimuktamadkan Pejabat Penasihat Undang – Undang akan dihantar kepada Yang di – Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi tujuan penyiaran fatwa itu di dalam Warta melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ( PSUK ).  
  vii.Fatwa Yang Telah Diperkenankan  
  Fatwa yang telah diperkenankan oleh Yang di – Pertuan Agong akan dihantar pihak Istana Negara kepada PSUK . Jabatan Mufti setelah itu akan menghantar fatwa tersebut kepada Pejabat Penasihat Undang – undang Negeri bagi tujuan dilaksanakan proses seterusnya.  
   
8. Apakah Enakmen yang berkaitan dengan pentadbiran Jabatan Mufti NegeriPulau Pinang?  
  44. (1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Pulau Pinang ; (2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta; (3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Pulau Pinang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Pulau Pinang dan hendaklah terus memegang jawatan itu.  
   
9. Adakah pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengenakan bayaran bagi perkhidmatan penentuan dan pengesahan arah kiblat?  
  Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang , tidak mengenakan sebarang bayaran ke atas perkhidmatan penentuan dan pengesahan arah kiblat . Ia adalah percuma .  
   
10. Adakah perkhidmatan penentuan dan pengesahan arah kiblat turut diberikan kepada pemohon individu? ( Cth : Rumah persendirian )  
  Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang , tidak memberikan perkhidmatan penentuan dan pengesahan arah kiblat kepada pemohon individu . Perkhidmatan ini hanya disediakan untuk bangunan seperti surau, Masjid, Hotel, tempat awam dan organisasi awam/kerajaan/swasta  
   
11. Apakah nama Balai Cerap yang terdapat di pulau Pinang?  
  Balai Cerap yang satu – satunya terdapat di pulau Pinang ialah , Balai Cerap Pusat Falak Sheikh Tahir Pantai Acheh , Balik Pulau Pulau Pinang . Pusat Falak Syeikh Tahir, Balik Pulau, Pantai .Acheh terletak di kawasan paling barat negeri Pulau Pinang ( 5° 25’ U , 100° 12’ T ) stesen penyelidikan astronomi dan sains atmosfera bersama antara Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia .  
   
12. Apakah kemudahan – kemudahan yang disediakan di Pusat Falak Sheikh Tahir?  
  i.Kubah Cerapan  
  ii.Teleskop Penjejak - Meade LX 200 12 INCH ( klasik )- Meade LX 200 10 INCH ( GPS )  
  iii.Kemudahan Penginapan  
  iv.Dewan Syarahan Ulugh Begh  
  v.Galeri Pameran As - Sijzi  
  vi.Bilik Planetarium