Fasiliti

Kemudahan Yang Disediakan

KUBAH CERAPAN
Terletak di bumbung bangunan berukuran 10 kaki persegi yang boleh memuatkan 15 orang dalam satu-satu masa. Bukaan secara horizontal dan bergerak secara automatik dengan menurut perubahan teleskop penjejak.

 

 

TELESKOP PENJEJAK
Memuatkan kemudahan 2 buah teleskop penjejak. Satu daripadanya Teleskop jenis Meade LX200 12 inch ( klasik ) yang terletak di dalam kubah cerapan. Manakala satu lagi daripada jenis Meade LX200 10 inch ( GPS ). Kedua-duanya beroperasi secara automatic. Mampu berfungsi dan digunakan hanya melalui bilik penyelidikan di tingkat bawah. Di samping beberapa buah teleskop lain yang bersaiz kecil dan teodolit.

 

 

KEMUDAHAN PENGINAPAN
Kemudahan penginapan disediakan kepada para penyelidik secara percuma, lengkap dengan katil, almari, penghawa dingin, kipas angin, bilik mandi, tandas, ruang tamu, pantry dan peti sejuk.

 

 

DEWAN SYARAHAN ULUGH BEGH
Dewan yang boleh menempatkan lebih kurang 50 orang dalam satu-satu masa. Mempunyai kemudahan yang lengkap, selesa dan sesuai bagi menjalankan sebarang aktiviti bengkel, kursus dan ceramah.

 

 

GALERI PAMERAN AS-SIJZI
Ruang pameran tersedia di pintu masuk Balai Cerap Pusat Falak Sheikh Tahir. Memaparkan sejarah falak Pulau Pinang dengan rangkuman sejarah 2 tokoh falak iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin dan Sheikh Abdullah Fahim. Selain itu, pelbagai maklumat berkenaan astronomi tersedia untuk rujukan dengan mendapat tunjuk ajar daripada para pegawai yang bertauliah.