BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Pengenalan 
Bahagian ini bertanggungjawab merancang dan menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan JMNPP. Perkhidmatan yang diberikan adalah bagi menyokong dan melancarkan gerak kerja pelaksanaan program/aktiviti Bahagian-Bahagian lain dengan lebih efisien.
 Fungsi
    1. Menguruskan hal ehwal pentadbiran, logistik, surat-menyurat, dokumen rasmi dan perjawatan.
    2. Menguruskan hal ehwal kewangan, penyediaan bajet, pembayaran emolumen, perolehan dan perbelanjaan.
    3. Menguruskan pembangunan latihan, kursus, kompetensi personel dan program kualiti Jabatan.
    4. Menguruskan harta modal, aset alih, aset tetap dan inventori.
    5. Mengurus dan menyelia keselamatan umum, fizikal dan dokumen Jabatan.
    6. Menguruskan pembayaran bil-bil dan tuntutan.
    7. Mengurusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Lembaga Tatatertib, Jawatankuasa Kewangan dan Akaun, Jawatankuasa Tetap Aset, Keselamatan Perlindungan Jabatan dan Lawatan Luar.
    8. Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti Jabatan.
    9. Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti berkaitan dengan agensi-agensi, badan-badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat negeri dan persekutuan.