LATAR BELAKANG KAMI

Bahagian Mufti adalah merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang ditubuhkan pada 1 Julai 1959. Pada tahun 1984 kajian penyusunan semula Majlis/ Jabatan Agama Islam Negeri yang telah dijalankan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mencadangkan pengasingan Bahagian Mufti daripada JAIPP. Justeru, pada 1 Januari 1997 ditubuhkan Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang dan kini dikenali dengan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP).

Bermula pada 7 Jun 2014, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dipimpin oleh Y.BHG. S.S. Dato' Dr. Wan Salim bin Wan  Mohd. Noor dan berikut merupakan senarai Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang pernah menerajui pentadbiran jabatan ini.

Senarai Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang 

Sejarah SenaraiMufti