BAHAGIAN FATWA

Pengenalan 

Bahagian ini bertanggungjawab merancang dan menguruskan pelaksanaan penyelidikan hukum, pengeluaran pandangan hukum dan fatwa. Memberikan nasihat dan panduan dalam semua perkara yang berkaitan dengan hukum syarak serta melaksanakan program pendidikan hukum dan fatwa bagi melahirkan masyarakat yang menghayati syariah dalam semua aspek kehidupan.

 Fungsi
    1. Menguruskan pelaksanaan kajian dan penyelidikan bagi tujuan pengeluaran hukum dan fatwa.
    2. Menguruskan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi tujuan memutuskan pandangan hukum atau fatwa.
    3. Menyampai dan menyebarkan pandangan hukum atau fatwa yang telah diputuskan kepada pihak-pihak yang berkaitan dan juga masyarakat.
    4. Menganjurkan program pengajian dan tafaqquh bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang hukum dan fatwa.
    5. Mengeluarkan garis-garis panduan hukum sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat.
    6. Menguruskan proses pewartaan fatwa yang telah diputuskan bagi tujuan pemberitahuan fatwa dan penguatkuasaan.
    7. Menguruskan penyediaan jawapan terhadap isu-isu dan persoalan hukum yang diajukan oleh masyarakat.
    8. Menguruskan pelaksanaan program pendidikan hukum dan fatwa kepada masyarakat.
    9. Menguruskan pengesahan status agama mayat.
    10. Membantu melaksanakan program/aktiviti berkaitan di bawah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Agama).
    11. Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti Jabatan.
    12. Membantu dan bekerjasama menjayakan program/aktiviti berkaitan dengan agensiagensi, badan-badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat negeri dan persekutuan.