Perutusan Ketua Jabatan

 
SSDatoMuftiWanSalim2
 OLEH Y.BHG. S.S. DATO' DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR,
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINAN

Terlebih dahulu, saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T. di atas limpahan rahmat dan hidayahnya yang telah memberikan saya peluang untuk berkhidmat memimpin organisasi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa pada 7 Jun 2014.

2. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang senantiasa menetapkan hala tuju yang sistematik melalui penggubalan Pelan Strategik Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang  2011 - 2015 dan insyallah akan menggubal Pelan Strategi bagi 2016 - 2020 selaras dan seiring dengan Pelan Strategik (JAKIM) bagi memikul tanggungjawab bersama dalam menguruskan hal ehwal Islam di negara ini.

3. Untuk menghadapi cabaran-cabaran, anggota Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang perlu profesional, berhikmah, kompeten, responsif dan proaktif. Justeru Jabatan Mufti Negeri memerlukan lebih ramai pekerja berpengetahuan (knowledgeable workers) yang mempunyai pelbagai kemahiran dan berketerampilan untuk memahami serta menyelesaikan sesuatu isu.  Mereka juga mestilah berupaya bertindakbalas dengan berkesan terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi.

4. Harapan saya mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dapat memperkasa keupayaan, kapasiti dan organisasi bagi meningkatkan kecekapan, kepakaran dan pelaksanaan hal ehwal hukum syarakmahupun falak. 

5. Berdasarkan kepada peranan dan fungsi Jabatan Mufti ianya jelas menunjukkan bahawa Institusi Mufti ini merupakan salah satu elemen yang penting dalam mendokong usaha Kerajaan Negeri ke arah merelisasi pentadbiran bertaraf antarabangsa.

6. Insyallah, dengan izin Allah Ta'ala, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mampu mencapai visi dan misinya untuk mewujudkan institusi Mufti yang lebih mantap dan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Dikemaskini pada April 2016