ENAKMEN

44.  

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh melantik mana-mana orang yang layak dan   sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Pulau Pinang. 

(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Pulau Pinang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Pulau Pinang dan hendaklah terus memegang jawatan itu.

45.

Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum  Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Pulau Pinang selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini .

46.  

(1) Maka hendaklah ada satu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa .

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:                        

(a) Mufti, sebagai Pengerusi ;     

(b) Timbalan Mufti ;     

(c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis ;     

(d) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai, yang   

     dilantik oleh Mufti; dan

(e) seorang pegawai dari Jabatan Mufti sebagai setiausaha .

(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota Jawatankuasa  Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehinggan tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat .

(4) Subseksyen (3) idak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti dan Timbalan Mufti, yang adalah anggota atas nama jawatan bagi Jawatankuasa Syariah yang disebut dalam subseksyen (3).

(5) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan berhubungan dengan tatacara dan amalannya.

47.

Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi atau yang berhubungan dengan Hukum Syarak .    

48.

(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan apa-apa kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan .           

(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa, Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu .

(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta .

(4) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan  selepas itu  hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

(5) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

(6) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi , tetapi teks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.

(7) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut  subsyeksyen (4) .

49.

(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orangIslam yang berda di Negeri Pulau Pinangsebagai ajaran  agamanya dan  hendaklah  menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa dalam perkara-perkara amalan .

(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Pulau Pinang tentang semua perkara yang dinyatakan di dalamnya

50.

(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah enakmen terdahulu.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 48 , kecuali subseksyen 48(7) , hendaklah terpakai baginya .

(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen  (1).            

51.

(1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 47, apabila Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah  berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional Jawatankuasa Fatwa hendaklah menangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu.

(2) Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenannya agar fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, melalui Majlis Raja – raja .

(3) Tanpa menjelaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa adalah dianggap berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional  jika persoalan itu ada hubungan dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti secara   langsung menyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian, jabatan atau agensi-agensinya .

(4) Setelah Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenannya di bawah subseksyen (2) , Jawatankuasa Fatwa hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, memaklumkan Kerajaan Negeri tentang perujukan itu . 

(5)  Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis Raja-Raja tentang perkara itu.

(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau mengesyorkan supaya fatwa yang dicadangkan itu dibuat, dengan atau tanpa ubahsuaian yang disyorkan olehnya, atau menasihatkan atau mengesyorkan suatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka Jawatankuasa Fatwa hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam  Warta tanpa apa pindaan atau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(5), hendaklah terpakai baginya .

(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

52.

(1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyentuh apa-apa perbuatan atau amalan yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh Persekutuan menurut Perkara 38(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan    sebagai fatwa dan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(5), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

53.

Jika dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada mahkamah yang membuat permintaan itu.

54.

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.

(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam  akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi , Maliki atau Hambali.

(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada  mana - mana mazhab yang empat itu.