Bengkel Kemusykilan Agama

Permatang  Pauh : Jabatan Mufti Negeri Pulau PInang dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Bengkel Kemusykilan Agama Siri 5/2015 yang diadakan di UiTM Permatang Pauh pada 27 Mei yang lalu. Seramai 50 orang peserta melibatkan diri dalam program tersebut.

Program tersebut merupakan acara bulanan bagi Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Program ini juga merupakan program ilmiah yang membincangkan kitab Akidah Islam menurut Al-quran dan Hadis. Penceramah jemputan adalah Dato' Haji Salleh Bin Haji Ahmad. Antara isu yang turut dibicarakan adalah kitab samawi iaitu injil, taurat, zabur dan Al-Quran. Di samping itu juga, penceramah turut menjelaskan tentang kisah nabi-nabi yang diturunkan wahyu kepada mereka.