Kursus Perkhidmatan

8 Julai 2015 : Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Mufti Negeri Pulau PInang telah mengadakan Kursus Perkhidmatan bagi kakitangan-kakitangan Jabatan dengan tujuan pendedahan tentang Perintah-Perintah Am, Pekeliling Kerajaan, Tatatertib dan sebagainya yang berkaitan dengan Skim Perkhidmatan. Kursus tersebut dikendalikan oleh Puan Nur Zulfa Binti Ibrahim, Ketua Penolong Setiausaha dan Cik Sharifah Binti Haji Idris, Pembantu Tadbir Kanan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK.