Lawatan PASTI Kampung Perlis, Balik Pulau ke Pusat Falak Sheikh Tahir

BALIK PULAU :14 April 2016, seramai 30 orang pelajar diiringi 5 orang guru dari PASTI Kampung Perlis, Balik Pulau telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Falak Sheikh Tahir. Lawatan yang diadakan dari jam 9.00pagi hingga 12.00tengahari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik berkaitan ilmu falak. Antaranya adalah taklimat falak, bengkel jam matahari, cerapan matahari dan tayangan video astronomi.

LPFST 140416 (2) LPFST 140416 (3)