Baginda bertitah, ini supaya nasihat dan ulasan yang disuarakan bersifat rasional lagi objektif demi melindungi kepentingan jangka panjang negara dan rakyat.

"Pimpinan politik dan penjawat awam merupakan dua sayap penting dalam pentadbiran kerajaan.

"Oleh itu, jalinan kerjasama dan persefahaman dalam semangat saling menghormati, saling menasihati dan saling mempercayai hendaklah dijadikan budaya kerja antara pimpinan politik dengan penjawat awam," titah baginda ketika mencemar duli menghadiri majlis santapan malam kerajaan negeri, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE