Peristiwa Istiwa' A'dzam 28 Mei 2015 pada pukul 5.16 petang
Istiwa Adzam 28 Mei 2015 pada pukul 5:16 petang ( Panduan Menyemak Arah Kiblat )
Kepada anda semua yang ingin mengetahui dan menyemak kedudukan arah kiblat, jangan ketinggalan untuk menyemak pada tarikh 28 Mei 2015 pada pukul 5:16 petang.
Istiwa Adzam merupakan satu peristiwa di mana kedudukan Matahari berada tepat-tepat di atas Kaabah. Apabila Istiwa Adzam berlaku semua bayang objek yang tegak akan menunjukkan ke arah Kaabah.