Makluman Edaran Takwim Hijrah dan Jadual Solat bagi Negeri Pulau Pinang Tahun 1437H

Sukacita dimaklumkan, jabatan ini telah menerbitkan Takwim Hijrah  dan Jadual Solat bagi tahun 1437H untuk rujukan umat Islam di Negeri Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg Dato' Seri / Dato' / Tuan / Puan atau wakil adalah dijemput untuk mendapatkan takwim tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Oktober - 13 Oktober 2015
Masa: 9.00pagi - 4.30petang
Tempat: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Tingkat 48, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

Sila muat turun dan cetak borang pengambilan takwim pada pautan dibawah.  Borang tersebut perlu dilengkapkan dan dibawa bersama semasa urusan pengambilan takwim untuk rekod jabatan ini.

Muat turun: Borang Edaran Takwim dan Waktu Solat