Makluman Edaran Takwim Ramadan 1437H bagi Negeri Pulau Pinang

Sukacita dimaklumkan, jabatan ini telah menerbitkan Takwim Ramadan 1437H  bagi Negeri Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg Dato' Seri / Dato' / Tuan / Puan atau wakil adalah dijemput untuk mendapatkan takwim tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Mei hingga 3 Jun 2016 (stok adalah terhad)
Masa: 9.00pagi - 4.00petang
Tempat: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Tingkat 48, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

Ianya juga boleh dimuat turun melalui menu Muat Turun > Takwim Ramadan > Takwim Ramadan 1437H di laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.